Sabah merupakan penyumbang kelima terbesar bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun, iaitu antara 5 hingga 5.5%. Negeri yang kaya, tetapi mencatatkan pengangguran kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan Labuan. Ini penjelasan Penganalisis Politik Sabah Dr Firdausi Suffian mengapa industri hiliran boleh menjadi jawapan kepada isu yang sekian lama melanda Negeri di Bawah Bayu itu.