Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa satu Oktober.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang tamat perkhidmatan pada 30 September.