Satu jawatankuasa strategik ditubuhkan antara Malaysia - Arab Saudi pada Ahad bagi membincangkan kerjasama dua negara dalam pelbagai bidang khususnya ketika era pasca pandemik COVID-19.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, jawatankuasa dipengerusikan Menteri Luar Negeri Kedua negara itu bakal membincangkan kerjasama dua hala berasaskan ekonomi dan keselamatan.