Polis memulakan siasatan berhubung kes penyebaran fitnah yang dikaitkkan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof kononnya merogol seorang wanita.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya buka kertas siasatan kes mengikut seksyen 500 kanun keseksaan iaitu fitnah dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.