Sekurang-kurangnya lapan pelajar terbunuh sementara 136 yang lain cedera dalam satu letupan bom di sebuah sekolah agama di Peshawar, Pakistan.
Menurut pihak berkuasa, bom tersebut meletup beberapa minit selepas ada individu meletakkan sebuah beg di tepi sebuah kelas.