Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyaman Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders selepas ahli politik anti-Islam itu menyiarkan beberapa ciapan Twitter terhadap pemimpin Turki itu termasuk melabel erdogan sebagai pengganas.
Menurut agensi berita Anadolu, peguam Erdogan pada Selasa menfailkan saman jenayah terhadap Wilders di Pejabat Ketua Pendakwa Raya Ankara kerana menghina presiden.