Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.323 bilion bagi perbelanjaan tahun 2021. Belanjawan yang bertemakan 'Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat' mampu mencipta 15,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Selangor, terutamanya mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik COVID-19.