Polis Johor menahan 76 individu yang sedang leka berhibur dengan minuman keras dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Ulu Triam, Johor Bahru malam tadi. Pusat hiburan berkenaan diserbu selepas risikan polis selama dua minggu mendapati prosedur operasi standard (SOP) waktu operasi tidak dipatuhi.