Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan sedang meniliti cadangan-cadangan yang dikemukakan pembangkang berhubung Belanjawan 2021 yang akan dibentang Jumaat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa Belanjawan 2021 akan menekankan sektor-sektor yang terjejas teruk termasuk pelancongan dan penerbangan negara.