Dana RM150 juta bagi program latihan dan bantuan jualan serta peralatan digital kepada kumpulan usahawan tempatan bakal mampu memperkasakan sektor Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) khusus dalam peralihan kepada khidmat digital.
Pengasas Aplikasi E-Desa, Fadhilah Azmi, berpendapat ia boleh jadi platform dalam mengetengahkan lagi banyak produk-produk anak tempatan yang sebelum terjejas akibat pandemik COVID-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan Mac.