Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, dalam proses meneliti calon untuk dinamakan anggota Kabinetnya.
Kata Biden, tiada yang boleh menghalangnya daripada menduduki White House, walaupun Donald Trump enggan meneruskan proses peralihan kuasa.
Setiausaha Negara Mike Pompeo dalam pada itu mengesahkan pentadbiran Donald Trump kini sedia memasuki penggal kedua.
Pompeo yakin Trump akan diisytihar sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden selepas semua undi selesai dikira.