Kerajaan tidak membenarkan pasukan Johor Darul Tazim (JDT) ke Doha, Qatar bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan pintu sempadan negara masih ditutup dan rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara.