Bank Negara Malaysia, BNM akan umumkan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia pada suku ketiga 2020 pada jam 11 pagi ini.
Ia dijangka kekal menguncup disebabkan kesan perintah sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19.
Pemimpin dunia termasuk negara Eropah tegaskan bahawa vaksin COVID-19 perlu sampai kepada semua golongan apabila ia sedia untuk dilancarkan kelak.
Sehingga kini, dana sebanyak 28 bilion dolar Amerika masih diperlukan bagi pembangunan vaksin covid-19 di bawah projek antarabangsa.