Kerajaan diharap menambah peruntukan bantuan perubatan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), organisasi komuniti dan persatuan sokongan penjaga warga emas bagi memastikan kesihatan dan kebajikan golongan ini serta penjaga mereka dalam keadaan baik.
Penaung Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai, Kuantan, Azahari Mamat berkata, ini adalah kerana keadaan warga emas yang lemah dan mempunyai pelbagai masalah kesihatan akan membuatkan mereka sangat berisiko menjadi korban COVID-19.