Kadar pengangguran turun kepada 4.6 peratus pada September.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia adalah penurunan ketara berbanding 5.3 peratus, Mei lalu.
Ini disebabkan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi yang cepat, tepat dan bersasar.
Kerajaan menganggarkan bayaran RM94.08 juta untuk penyertaan Malaysia ke dalam inisiatif COVAX .
Penyertaan Malaysia ke dalam fasiliti COVAX bakal memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10 peratus populasi Malaysia.