Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali mencatatkan empat angka dengan 1,290 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif adalah sebanyak 51,680 kes.
Daripada jumlah itu, dua negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi ialah Sabah sebanyak 660 kes diikuti Selangor 407 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Mendedahkan penggunaan aplikasi mysejahtera menunjukkan keberkesanan apabila berjaya merekodkan sejumlah 9,167 kes positif COVID-19 sejak ia dilancarkan pada 20 April lepas.