Usahawan industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu sedar kepentingan kesediaan digital agar dapat terus berkembang baik dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usahawan tidak boleh lagi melihat kesediaan digital sebagai satu pilihan kerana ia kini merupakan satu keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan.