Agensi-agensi berkaitan disaran supaya mempergiatkan usaha menyantuni masyarakat di sempadan negara dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan dadah dan daun ketum daripada terus berleluasa.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata usaha itu bagi memastikan masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan tidak terlibat secara langsung dengan kegiatan haram tersebut.