Langkah spesifik yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini dalam membendung penularan COVID-19 perlu diteruskan untuk mengimbangi aspek kesihatan dan pertumbuhan semula ekonomi.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan), Kuwait University, Prof. Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, tindakan tersebut disifatkan lebih baik berbanding melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).