Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pagi ini di Istana Kinta.
Ia ada hubung kait dengan penyelesaian kemelut politik Perak dengan kemungkinan penubuhan kerajaan negeri yang baharu.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak menerusi satu sidang media di Ipoh pada Sabtu.
Ia selepas beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembahkan warkah peletakan jawatan.