Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, di Pendang Kedah pada 8.25 malam tadi.
Suasana pilu mengiringi pengebumian jenazah Zainab Wahab, 46 tahun dan Muhammad Aisy Saqeef, yang baru berusia 22 hari.