Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadual bersambung semula hari ini.
Namun, Yang Di-Pertua Dun, Datuk Mohamad Zahir Abdul khalid sebelum ini memaklumkan, sidang DUN yang akan bermula jam 2.30 petang hanya akan meluluskan usul supaya mesyuarat hari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Ia berikutan tiada Menteri Besar dan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dilantik sehingga hari ini.
Untuk mendapatkan perincian mengenai sidang DUN hari ini, bersama dengan kita ialah wakil Astro AWANI Perak, Abd Razak Mohd Ali.