Kemelut politik Perak sejak minggu lalu akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Saarani, 59 tahun, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak akan menjadi menteri besar ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang meletak jawatan bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 5 Disember lalu.
Kemelut politik yang berlaku dalam kerajaan negeri di Perak ini perlu dijadikan sebagai pengajaran untuk mendewasakan hubungan politik antara UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Untuk memperkatakan mengenainya kita bersama Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir.