Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi akan mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bekalan vaksin terlebih dahulu kepada ahli Parlimen.
Menurut Menterinya Khairy Jamaluddin, cadangan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng disifatkan satu saranan yang baik dalam memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai keselamatan vaksin COVID-19.