Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan mengumpulkan maklumat sahih berhubung isu membabitkan wanita Johor yang berkahwin dengan lelaki warganegara India.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata siasatan akan dibuat secara menyeluruh, teliti serta berhati-hati bagi mengelakkan kesan buruk terhadap masyarakat berlainan agama di negara ini.