Kes positif COVID-19 dalam negara melepasi angka 100,000 semalam dengan 1,581 kes baharu. Sepanjang bulan Disember, Malaysia hanya merekodkan angka harian tiga digit untuk dua hari, dengan selainnya angka empat digit.
Menurut unjuran Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME), kes harian negara dijangka mencecah 5,000 pada hujung Februari depan.