Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan aktiviti penyeludupan kartel daging import melibatkan rangkaian yang luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ia berdasarkan jumlah rampasan dan nilai sitaan yang terlibat dalam kegiatan tersebut, setakat ini.