Majlis Peguam semalam menzahirkan kebimbangan mengenai imuniti diperuntukkan dalam Seksyen 10 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi perlindungan penuh kepada kerajaan dan pegawainya daripada sebarang situasi yang timbul akibat kecuaian, termasuk membabitkan kesihatan.
Untuk membincangkan mengenai perkara ini, kita bersama dengan Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof.