Daerah Tawau dikenal pasti sebagai lokasi yang mencatatkan kes penyeludupan, kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan yang tertinggi di negeri Sabah.
Ia disebabkan beberapa faktor antaranya berkedudukan yang hampir dengan sempadan Indonesia dan Filipina selain keluasan sempadan perairan yang panjang dan mempunyai banyak sungai.