Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini akan berlangsung mengikut jadual selepas jaminan diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, IOC.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, MOM Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang menyertai sesi taklimat IOC turut mengesahkan, tiada negara mahu temasya itu ditunda atau dibatalkan.