Jongkong dan kapal membawa barangan keperluan dari Tawau ke Pulau Sebatik atau sebaliknya di minta menggunakan jeti yang telah diwartakan bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, Dsp Mohd Nazari Ismail berkata ketika ini hanya Jeti Sri Makmur yang telah digazetkan dan diwartakan oleh kerajaan bagi menggantikan Jeti Log Pond Tawau yang telah ditutup.