Sekali lagi mengejutkan.... Malaysia kekal lebih 5 ribu kes ..dan hari ini kes harian baharu 5,728 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 .. 209,661 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 47,388 kes.
Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,805 kes.. Menjadikan 161,527 kes pulih.
Sehingga kini, terdapat 319 kes positif sedang dirawat di ICU, 120 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dan dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 13 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 746 kes .
Dalam pada itu selangor kekal mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi dengan 3,285 kes, diikuti Johor 792 kes dan Kuala Lumpur 480 kes.