Rakyat Malaysia percaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mampu menguruskan situasi krisis lebih baik daripada syarikat di sektor swasta.
Menurut kaji selidik sebuah Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) dalam kajian terbarunya melibatkan 4,000 responden mendapati, 49 peratus bersetuju syarikat GLC berupaya menguruskan keadaan krisis.