Polis mengesan taktik baharu yang digunakan sindiket Macau Scam dengan memperkenalkan mangsa menggunakan identiti polis berpangkat tinggi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, terbaharu gelaran Datuk ACP Nafi dan Asisten Komisioner Mohamad digunakan bagi memperdaya seorang wanita sehingga membawa kerugian lebih 120 ribu ringgit.