Keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak sehingga 18 Februari ini beri kesan kepada saingan Liga Malaysia 2021.
Ia sebelum ini ditunda ke tarikh 5 Mac.
Implikasi ini membabitkan kebenaran untuk semua pasukan Liga Malaysia menjalani sesi latihan berpasukan sepanjang tempoh PKP.
Perkembangan ini sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan jurulatih dan pemain.