Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul "My Story: Justice In The Wilderness".
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, sehingga kini pihaknya telah menerima tujuh laporan polis di seluruh negara berhubung bekas Peguam Negara itu.