Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam buku yang diterbitkan baru-baru ini.
Buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness didakwa mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu.