Peningkatan kes positif dalam kalangan petugas kesihatan dibimbangi boleh menjejaskan perkhidmatan kepada masyarakat secara keseluruhan.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, ia boleh memberi risiko pendedahan jangkitan kepada rakan setugas.
Sekali gus menyebabkan petugas kesihatan lain perlu jalani kuarantin.