1945KSMJ&T1202PKementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian mogok beberapa syarikat J&T Ekspress Malaysia Sendirian Berhad yang tular dalam laman sosial baru baru ini.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, hasil siasatan di beberapa buah premis perniagaan syarikat itu di Perak, Melaka, Johor dan Selangor mendapati kejadian berlaku apabila pekerja-pekerja di bahagian penghantaran tidak berpuas hati dengan pemberian bonus kepada mereka.