Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan 'MyDigital - Rangka Tindak Ekonomi Digital Malaysia' Jumaat ini yang dijangka menyediakan landasan bagi menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030. Ia langkah kehadapan selepas kerajaan menubuhkan sebuah Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital Malaysia.