Aktiviti penggambaran dan operasi pawagan dibenarkan beroperasi di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam pada Selasa memaklumkan, ia selaras dengan pengumuman kerajaan berhubung kebenaran tersebut bermula 5 Mac sehingga 18 Mac.