Kelicikan seorang mekanik muda mereka cipta perisian dan aplikasi haram, bagi meningkatkan keupayaan kelajuan serta mod bunyi motosikal, membawa padah apabila berjaya dikesan pihak polis.
Ia selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau 'Ysuku' milik lelaki berusia 24 tahun itu yang diubah suai dengan kos lebih 20 ribu ringgit, ditahan di Ayer Molek, Melaka pada Jumaat.