Parti parti politik di negara ini dilihat gagal menguruskan persepsi dengan berkesan, sehingga mengakibatkan imej mereka agak negatif di kalangan rakyat.
Pensyarah Kanan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, biar pun perkara perkara atau fakta sebenar hanya diketahui pimpinan parti, namun pengurusan persepsi amat penting.