Keputusan untuk menangguhkan semula pembukaan sempadan negara daripada 1 Mac kepada 1 April adalah kerana bimbang PRN Johor akan menyebabkan peningkatan kes baru Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.
Menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), dia juga mengecam “pihak tertentu” yang mahu pilihan raya diadakan di saat negara masih bergelut dengan wabak tersebut.