Konflik berpanjangan di Syria yang bakal memasuki tempoh 10 tahun ini telah membunuh dan mencederakan lebih 10 ribu kanak-kanak.
Menurut Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ia juga mengakibatkan jutaan kanak-kanak ini tidak menerima pendidikan di sekolah.