Padah memberi rasuah RM150 kepada anggota polis, seorang warga Bangladesh dipenjara dua bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.
Tertuduh yang mengaku bersalah, turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.