Sebuah makmal memproses dadah jenis syabu yang berselindung di sebalik kilang memproses kertas di Machang Bubok, Bukit Mertajam, berjaya dibongkar polis.
Dalam serbuan pada jam 7.30 malam 8 Mac lepas, empat lelaki tempatan termasuk dalang turut ditahan bersama dadah serta alat pemprosesan yang dianggarkan bernilai RM2.9 juta.