Individu yang dikenakan kompaun sehingga 10 ribu ringgit kerana melanggar SOP pencegahan dan kawalan COVID-19, boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan jumlah pembayaran.
Menteri Kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pegawai PKD akan menggunakan budi bicara mereka bagi menentukan jumlah yang harus dibayar pesalah.