Empat lelaki termasuk tiga warga Bangladesh ditahan kerana cuba memberi sogokan kepada anggota polis yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) berdekatan Tol Sungkai, Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridala-Thrash Wahid berkata, pemandu tempatan berusia 47 tahun itu cuba memberi sogokan berjumlah RM150, kerana tidak mempunyai surat rentas negeri.
Difahamkan, kesemua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan.