Melaka bersedia mewujudkan lebih banyak tapak Bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri sebagai langkah mengelakkan kesesakan bagi mematuhi SOP.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abd Ghafaar atan berkata, penjarakan fizikal merupakan isu utama selain bagi menampung permintaan daripada para peniaga tempatan yang dijangka lebih ramai berbanding tahun sebelum ini.